KENAPA ANDA PERLUKAN PERSONAL LOAN?
1. Elak bayaran bulanan
Anda boleh membuat pinjaman peribadi bagi mengelakkan dibelenggu banyak bayaran bulanan terutamanya hutang. Contoh terbaik adalah menggunakan wang pinjaman peribadi tersebut untuk membeli kenderaan terpakai lebih murah secara tunai kerana ada bank yang mengenakan caj bunga yang tinggi untuk kenderaan lama.
2. Biaya bil perubatan
Ada yang membiayai kos perubatan menggunakan wang pinjaman peribadi kerana kos perubatan yang begitu tinggi.Walaupun ada insuran kesihatan, namun mungkin ia tidak mencakupi semua jenis penyakit. Maka pinjaman peribadi dapat membantu dengan ansuran bulanan yang lebih kecil.
3. Bayar deposit rumah
Ada individu yang menggunakan pinjaman peribadi untuk membayar deposit rumah terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk tujuan tersebut, selain untuk mengubahsuai kediaman.
4. Tanggung kos kahwin
Kepada golongan muda, pinjaman peribadi ini sebagai satu kaedah untuk menanggung kos perkahwinan. Ia bukan sesuatu yang luar biasa. Tapi ada baik dan buruknya. Jadi pastikan jumlah yang dipohon untuk pinjaman tidak terlalu besar dan anda mampu membayar ansuran bulanannya.
5. Pergi melancong
Ada yang mengambil peluang kemudahan pinjaman peribadi untuk pergi melancong. Kebanyakkan orang sering memasang impian untuk bercuti ke destinasi pilihan mereka tetapi oleh kerana belanja yang tinggi, mereka membuat pinjaman peribadi untuk merealisasikan impian mereka. Tapi anda seharusnya bertanggungjawab secara kewangan dan pastikan anda boleh membayar kembali pinjaman peribadi anda. Jika tidak, ia akan menjadi perangkap hutang yang sukar anda elakkan.
No comments:
Post a Comment