Minta dengan Dia dulu..”
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan
kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukurnescaya Aku
akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
sesungguhnya azabKu amatlah keras."
Ramai diantara kita mungkin pernah
mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha
yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita
dikurniakan rezeki.
Harap sedikit perkongsian ini dapat
membantu kita semua dalam mencari redha Allah. Mencari rezeki itu adalah satu
ibadah..belajar lah untuk ikhlas dalam setiap perbuatan. Jom muhasabah diri..
Yang penting, kita kena yakin dengan
rezeki Allah..
1.Menarik Rezeki Dengan Bersedekah
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci
rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada
setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada
orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan,
nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan
bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi
rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali
mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu
mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang
peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana
respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan
sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan
kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi
yang akan memberikan wang kepada dia.“
Usah bersedekah dengan cara ini
kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya
memberi sedikit wang kepada orang tersebut. Bersedekah dengan semampu yang
boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu
menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan
ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi
sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera
beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah,
janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima
sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara
baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam
masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan
sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam
memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku
ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa
mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan
balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada
malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat
pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula
mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat
kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku
yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang
masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita
hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak
bernasib baik.
Saya pernah terbaca catatan dari
Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan
seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam
keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita
sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?
Buatlah si penerima berasa gembira.
Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati
mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita
kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
2. Menarik Rezeki dengan Berdoa
Selepas berusaha melakukan kerja,
jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan
diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi
manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah,
rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan
sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan
niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan
rezeki yang halal dan berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai
Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha
Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan
perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan,
serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada
-Mu.”
3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat ini sering diamalkan oleh ahli
perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti
sebahagian solat wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat
yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu,
InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet
rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah
kita.
Kredit to
akuislam.com
3.
Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala
pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah
berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika
kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “…
dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran:
145)
4. Utamakan beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian
diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk
menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika
tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak
menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu
Hurairah r.a.)
5.
Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan
pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh
kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan
kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar
maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala
masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat
Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)
6.Meninggalkan
perbuatan atau amalan yang berdosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah
jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu
rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan
baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
7.
Sentiasa mengingati Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati
tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada
orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati
mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
8.
Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah
s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya,
hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda
s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya
maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu
Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab
mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan
berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah )
daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
9.
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah
ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim
dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi
s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan
diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat
Bukhari)
10.
Menunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab
Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda
Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat
saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
11.
Memperbanyakkan Selawat
Ada hadis yang menganjurkan
berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat
menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan
menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
12.
Buat kebajikan sebanyak mungkin
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi
cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk
yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
13.
Memulakan aktiviti harian seawal pagi
Menurut Rasulullah s.a.w.,
berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh
berjemaah) adalah amalan yang berkat.
14.
Menjalin dan menghubungkan silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan
rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi
sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
14.
Sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah
s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan
rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan
bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan
daripada Sayidina Khalid al-Walid)
15. Mengamalkan solat tahajud
Ada keterangan bahawa amalan solat
tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai
dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .
16.
Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau
asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia
mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah,
dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah
at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali
lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan
murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah
(Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika
diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang,
diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu
rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa
amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
Wallahu a’lam.
17.
Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini
sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada
orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan
al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia
perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop
yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik
dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan
makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha
jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
18.
Bertawakal kepada Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan
direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah
, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada
Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung
diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat
Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab
r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah
amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan
keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari
jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Secara ringkasnya untuk menjemput
rezeki ialah dengan bertaqwa kepada Allah. Yakni melakukan apa yang Allah suruh
dan meninggalkan apa yang Allah larang. Jom kita amalkan supaya kita
hampir dengan ALLAH dan mudah rezeki datang.

Prosesnya lancar dan saya menerima dana saya pada hari kerja berikutnya. Saya akan sangat merekomendasikan AAtlasloan kepada siapa saja yang mencari bantuan keuangan. pesan saya untuk info lebih lanjut
ReplyDeletewhatsapp me +1 443 345-9339
Atlasloan83@gmail. com
- Daryl D., Lynn, MA